Asal-usul Kata pinjaman Tamil dalam bahasa Ibrani Alkitabiah

Laluan Sutera dan perdagangan rempah-rempah, laluan perdagangan purba yang menghubungkan India dengan Dunia Lama; membawa barang dan gagasan antara peradaban purba Dunia Lama dan India. laluan darat berwarna merah, dan laluan perairan berwarna biru.

Penggabungan kata pinjaman Bahaasa Tamil Kuno ke dalam bahasa Ibrani awalnya muncul melalui interaksi pedagang Asia Barat dan India Selatan. Pandangan arus utama mengatakan bahawa permulaan perdagangan antara wilayah Mediterannean dan India Selatan dapat dikesan kembali pada 500 SM ketika kata zingiberis (ζιγγίβερις) yang berasal dari bahasa Proto-Dravida-Selatan iaitu cinki-ver (சிங்கிவேர்) (bermaksud jahe), pertama kali muncul dalam bahasa Yunani.[1] Ini menunjukkan India Selatan mungkin telah terlibat dalam perdagangan dengan diaspora Mediterannean selama berabad-abad sebelumnya.[2] Terdapat beberapa bukti bahawa perdagangan antara India dan orang-orang yang mendiami kawasan Mediterannean mungkin telah diwujudkan pada tahun 1500 SM.[3][4]

Berikutan lokasi penutur bahasa ibundanya — di laluan perdagangan penting antara Mesir, Mesopotamia, dan India — leksikon Ibrani purba mengandungi kata-kata budaya yang umum untuk banyak bahasa dan kata pinjaman dari pelbagai bahasa lain termasuk Yunani Purba.[5] Beberapa dari kata pinjaman ini ada dalam salinan paling awal dari Alkitab. Pada pertengahan abad kesembilan belas, mubaligh Kristian yang bertauliah dalam bahasa Ibrani Alkitabiah memperhatikan bahawa terdapat perkataan yang berasal dari India di dalam Alkitab, termasuk dari bahasa Tamil.[6][7] Beberapa kata pinjaman dipinjam terus dari bahasa Pra-Tamil atau Tamil Kuno ke dalam bahasa Ibrani Alkitabiah. Lain-lainnya dipinjam melalui bahasa Akkadia, Aram, Yunani, Parsi, dan rumpun bahasa Arabia Selatan Kuno.[8] Jangka masa pinjaman secara leksikon ini berlaku dari 1000 SM sehingga 500 SM.[9][10] Tarikh penyerapan ini bergantung pada julat tarikh yang boleh diterima untuk penyusunan dan redaksi Kitab Raja-Raja.